-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Monday, May 21, 2012

:)

ya Allah 
sesungguhnya legalah hatiku bila ayahku berkata begitu
sesungguhnya  keyakinan ku n semangatku kembali bangkit untuk ke sana
kayakinan ku dan semangatku juga semakin bertambah
alhamdulillah ya Allah..
wah betapa sukar utkku mcari ibu ayah seprti mereka..
trima kaseh krna menganugerahkan aku ibu ayah seperti mereka
yang menyokong ku dr sgla aspek..
alhamdulillah..:)

Sunday, March 18, 2012

JEJAKA IDAMAN SETIAP YG SOLEHAH

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

Thursday, March 1, 2012

W.A.N H.A.I.K.K.A.L F.I.K.RI

BISMILLAH...

19/1/12

HAIKKAL..nama yg diberi ..
sungguh indah name itu..
seindah sekiut muka empunya name..
budaknya comel n xdela nakal sgt..
cara dy bergurau pon xkasar..
tp bila dy kene kacau ,cubit,kat kawan2 nya..dy xbls balik..dy hanya senyap sebentar kdg2 tersenyum manis dan terus main kmbali..dy sangat manja..manja dengan aku..

hari pertama kami biasa2 sj..hr kedua aku menjadi guru kepada budak2 4thun ni,haikal dah mula rapat ngan aku..makin rapat..asyik nk bermnja je nga aku..nk duk ats riba je..aku suke..hehe..dy sllu snyum..comell la budak ni..cgu ja kata dy tgl kat pdg embun..hmm yeke..jauh tu..klu kg kutan ni je mybe ada chance blh jumpa plk lau aku xngajar dy or bile2 aku blk cuti sem nanti..aku pasti akan sgt2 rindukan budak2 kiut2 ni lepas ni terutama haikal dan aisyah..hmm..i like them n luv them very much especially haikal..perangainya wajahnya fizikalnya ade sdikit sama dgn hakimi..

ade satu masa,dy nanges..lps tu k.ja nk amek dy..tp dy xnak nga k.ja dy tnjuk ke arah aku..dan pabila aku amek dy,dy trus senyap..aku ltk dy kat tepi jendela utk dy cr mn ayam..utk tngkan fikiran dy..see...!!tu Baru HARI ke-2..dah mula rapat nga aku..hihihi... ^______^ sukenye..!!

hmm,tadi kasian kat dy,dia jatuh tersembam..sbb kene tolak kat aiman..hmm budak,biasala ,,yg jenis hyper active..kasiannya,dberdarah sampai bibirnya..aku sedikit gerun..dan bwk dy kluar dr bilik tu ..n mtk tisu ngan k.nab..tp mlgnye tisu xde..."tisu..tisuuu..",pinta haikal smbil menangis menahan kesakitan..aku pon mtk kain tuala je la nga k.nab..dan aku terus lap bibirnya yg luka ats bwh..menempuh nmpk bibirnya..n aku pon lumur ubat gamat di bibirnya..smoga cpt smbuh ye syg..nt dtg skolah hr rabu ni tau..tp lau xbrp sht duk umh aje tau..pasti cgu akan merinduimu,,smoga cpt smbuh haikal syg..budak2 pon pandai mtk tisu bila dirinya cedera..hmm,bijak sungguh budak2 zmn skrg..bgus2.. hehe :)

lps kjdian tu,straight dy nk duk nga aku je..aku pgi ctu dy ke ctu,ke sana dy ke sana...aku suka dy bertepek nga aku.hehe..bila aku duduk,dy nk duk ats riba ku..ish2..tergeleng-geleng kepala ku..suka aku tgk dgn telatah anak kecil ini..budak jenis nanges kejap2 je..tp yg lemah tu bila dy menjerit..adoii,kuattnyee..bingit telinga..ish2..hehe..

hmm,sbnrnya dr mula2 dy dtg pg tadi lagi asyik nk melekat je nga aku..aku teman dy mkn hr ni kat dapur..dy mkn lambat,,so aku nk tinggalkan dy nk g kls budak 6thun..dy xbagiii..aku bgun ckit dy merengek..sambil tersenyum..haikal2,,hehe,,comel je..smoga lmbt mmbesar ye(lmbt meningkat usia) sbb cgu nk main nga haikal lg..bila dh besar xleh nk main dah..

bila time rehat aku suh dy mkn tp dy mcm xnk mkn mungkin sbb tkut sakit bibir tu..so aku pon cuba cubit ckit roti goreng utknye..n dy nganga mulut dy.."ha,blh pon mkan..nah amek ni."...dy pon amek spruh stlh aku amek spruh utku..ala,manjanya nk mkn pon kene suap ni..hehe..


ade tu,dy duk ats riba aku n berdiri mcm nk tutup muka aku..aku ingt kan dy nk usik aku,,rupanya dy bt gtu dy nk peluk aku supaya bibirnya lekat rapat nga pipi kanan ku..dy nk cium aku upenye..hehe,,nakalnye dak ni..lps tu,dy tgk aku nga mata membundar.."aik,,xsakit doh ko mulut tu.."terkejut jugak..hehe..aku tnya dy smbil tunjuk ke arah diri ku "sapo ni?"..jawabnya smbil xbrpa jls"cik..guu.."..taw pon..pandaiii~~haikal ni belum fasih berkata2..

kemarin ms nk balik dy duk ats riba ku..dan merenungku dgn pdgn yg tjm..lame..aku cube gerak2 kpla aku..dy pon turut gerakkan mata dy..utk terus perhatikan wjhku..dy mengamati wjhku..aku tergamam..dlm benakku knp anak kecil ini melihatku sedemikian rupa..knpa?apakah yg ada dlm benaknya..apakah dy sedang mensave wjh ku..supya xlupa akn wjhku?klu bgtu bguslah..aku suka..aku hanya tersenyum pdnya...alangkah bgusnya aku bisa tahu apa tujuan ank kecil ini melihatku sdemikian rupa..;)

renungan tajam matamu,
senyumanmu yg menawan,
gerak geri mu yg membuatku tertarik,
kemanjaanmu telatahmu membuatkan aku menyayangimu..
aku tidak tahu sejak bila bibit2 kasih syg ini muncul dlm diriku..
aku menyayangimu sptmana aku menyayangi adikku dan sepupuku..meskipun aku sudah tiada adik kecil..

terima kaseh krna mengajarku bgaimana rs sygnye seorang guru terhadap anak muridnya,
terima kaseh syg kerana mengajarku erti kesabaran,
mengajarku bgaimana sukarnye menjadi guru,
namun walau sesukar mna pon ia tetap menyeronokkan,
kerana dikau begitu berharga,
dikaulah generasi harapan ke arah menegakkan Islam tercinta dgn unggulnya..
smoga menjadi anak2 yg soleh solehah..
aameen3...

happy holidays anak2 muridku <3..

Tuesday, February 14, 2012

hehe

slps budak prmpuan tu menjual kek kat budak skolah,ade 2 org pelanggan di belakangnya..mcm biasa,dya akn berkata "nk kek ko?" sambil berpaling menghadap ke arah pelanggannya..lantas,dy terus menekup mulutnya dgn sgera sambil menahan malu apbila melihat bhawa pelanggannya itu mat saleh n minah saleh..mereka tersenyum dgn kata2 nya..lalu,dy pon translate dy punya bhsa..

-peace-

Raef -Peace and Blessing