-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Monday, September 26, 2011

tatkala cinta menyapa



Bismillah..

Dikala cinta menyapa..

Dunia begitu indah berwarna..

Bunga-bunga di hati bersemi..

Harum mewangi bagaikan kasturi..

Walaupun cinta tak berwujud…

Namun ia menguasai hidup..

Tatkala hati tersentuh cinta…

Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…

Tetapi ia membekas biru di kalbu …

Wahai Sang Maha Pencipta cinta…

Indahnya cinta adalah kurniaanMu..

Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..

Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…

Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..

Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…

Ya Allah karniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..

Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.

Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.

Dikala hati resah memendam rindu..

Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..


http://akuislam.com

Tuesday, September 20, 2011

benarkah ini cinta?

‎''jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum, jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu, jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan, jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih, tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!! Moga ditemukan dengan CINTA itu . Amin..

Friday, September 16, 2011

ya habibuka rasul Allah..

Ya Rasulullah.. Kami Rindu!

Riwayat hadith yang mengisahkan,
Baginda berkumpul bersama sahabat-sahabatnya,
(di antaranya Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan yang lainnya)

Wahai para Sahabat,
Tahukah kalian, siapakah hamba yang mulia disisi Allah?

Para Sahabat terdiam. Lalu salah seorang di antara mereka berkata,
Para Malaikat ya Rasulullah. Merekalah yang mulia.”

“Ya para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dgn Allah, mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah. Tentulah mereka itu mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.”

Kemudian seorang lagi berkata,Ya Rasulullah, tentulah para Nabi.

Baginda tersenyum.“Ya Para nabi itu mulia, merekalah utusan Allah di muka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tapi ada lagi yang lainnya.”

Para sahabat bertanya, siapa lagi yang mulia? Kemudian salah seorang sahabat bertanya,Apakah kami sahabatmu, Ya Rasulullah? Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah?

“Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku,kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia? Tentulah kalian mulia, tapi ada lain yang lebih mulia.”

Baginda tundukkan wajah baginda. Baginda menangis dihadapan sahabat-sahabatnya. Para sahabat tertanya-tanya mengapa kau menangis ya Rasulullah. Air mata berlinangan membasahi pipi dan janggut baginda.

Wahai sahabat-sahabat, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah kewafatanku. Mereka begitu mencintai Allah. Mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian, Tapi mereka bergitu rindu kepadaku. Saksikanlah sahabat, aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, mereka umatku.

Baginda menangis menitiskan airmata dan sambil semua sahabat menangis.

Kitalah umat yang sering dirindui dan sentiasa didoakan kekasih Allah itu. Allahuakbar!!!

Subhanallah...

Sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w?

Sudahkah air mata yang mengalir kerana rindu dan cintakan Nabi Muhammad?

Sudah berapa lama kita lalai dalam hidup di dunia ini?

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita rindui.. semoga dapat kita berjumpa dan beroleh syafaatnya di akhirat kelak.. InsyaAllah..

Raef -Peace and Blessing