-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Thursday, December 23, 2010

JANGAN PAKAI TUDUNG CARA BIARAWATI KRISTIAN




بسم الله الرحمن الرحيم

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.


Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa
disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari
kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita
untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam,
dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk
dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion
tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang
memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk
menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.


Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

- anakmuaallaf

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada;
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung)
tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku,
dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai
datang ke telaga (yang ada di syurga).
- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:

Post a Comment

Raef -Peace and Blessing