-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Wednesday, November 17, 2010

PARA LELAKI plz pay attention!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah tersebut. Mereka itu ialah:


1) Ayahnya.Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. Maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.


2) Suaminya Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila sang suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah tertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut di tarik oleh isterinya bersama-saa kedalam neraka.


3) Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelaki. Jikaulau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran islam, maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


4) Anak-anak lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari sisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran dengan mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.Duhai anak2 lelaki.. sayangilah ibumu, nasihatlah dia dengan lemah lembut dan secara berhikmah jika dia tersalah atau terlupa, kerana ibu juga seorang insan biasa tak terlepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi kayu api neraka, jika tidak kau juga akan ditarik menjadi penemannya..


Lihatlah.. betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum adam yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka masing2.


Juga kepada kaum hawa, jagalah maruah dirimu sebaik mungkin, dan ingatlah pesanan-pesanan Rasulullah kepadamu.. selamatkanlah dirimu dari mengikuti jejak langlah syaitan kerana sesunggunhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. Kesihanilah ayahmu, suamimu, abangmu dan anak lelakimu, janganlah di sebabkan langkah kemungkaranmu, mereka turut bersama menjadi penemanmu di neraka kelak..


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Raef -Peace and Blessing