-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Friday, August 27, 2010

cam x caye jeh..

salam malam 18 romadhon..

subhanallah dah lepas 1/2 bulan rupanya kita dah berpuasa..bersyukur kepadaNya kerana msh lg diberi kesempatan menjalani ibadah puasa ini dgn aman damai...wah singkat je rase..dh nk raye pon..puasa pon dah nk abis..bersedih bg mereka yg soleh kerana bulan ramadhon hampir melabuhkan tirainya..bila tiba malam 15 ramadhon maka solat sunat witir yg ke-last itu dibaca doa qunut..

kemarin ada iftor jama'ie bersama kelab remaja kg kutan iaitu kg ku..kelab remaja ini hanya untuk pompuan..bg aku bukan klb remaja tp klb pompuan..sbb bdk2 kecik sekolah rendah pon ada dtg..hoho..ajin sungguh adeq2 ni..majlis usrah juga diadakan sementara menunggu azan maghrib berkumandang sempena santapan rohani.x ku sangka rupanya bekas ustazah aku thun lps yg bg ceramah ni..menarik sungguh ceramahnya..

beliau amat menitikberatkan ttg aurat wanita..perhatian bg wnita sila jg aurat anda~sesungguhnya kebanyakkannya kaum wanita lah menjadi isi api neraka..dari tadika lg sdh kita diajar dan diasuh bgaimana menutup aurat dgn sempurna iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tgn..ingat ye kaumku..aku amat menyayangimu..jgn kau biarkan auratmu terdedah dan dipandang oleh lelaki ajnabi(bukan mahram)..lagi2 rambutmu itu..jgn biarkan rmbutmu itu dipenuhi kelemumur krn pndgn lelaki ajnabi..syampulah rambutmu itu dgn menutupinya sentiasa..tutuplah dgn apa skali pun asalkan ia tertutup..sesungguhnya rambut itu mahkota kita.xpe slow2 belajar menutup aurat..jika hari ini anda tidak biasakan diri memakai tudung,maka cubalah hari ini.yg penting tudung mesti labuh menutupi dada..lapangkan pintu hatimu untuk menerima dan mentaati perintahNya yg maha pemurah lagi maha mengasihani..jika hari dirimu belum memakai sarung kaki scra istiqomah kecuali kat sekolah..maka cubalah apabila mahu kluar umah..dan begitulah seterusnya shingga kamu berjaya menutupi aurat dgn perfect! be a good muslimah!jdilah muslimah sejati..kitalah kaum yg paling senang nk msuk syurga n plg senang jg nk msuk neraka..so,peluang dah tebukak luas untuk kita..jd,,sama2 lah kita usaha untuk ke syurga..insyAAllah kita boleh!aameen3..

pabila dah hampir azan,kami semua sama2 menghidangkan makanan yg simple namun penuh keikhlasan dan kasih sayang yg mana makanan itu dimasak oleh air tgn guru2 pembimbing kami..terima kasih guru kerana bersusah payah membuat majlis ini dan menjemput kami untuk berkumpul bersamamu wahai golongan yg solehah..cikgu jawahir(guruku semasa aku tadika dahulu..beliau msih sihat walafiat..alhamdulillah..ustazah rohani(we cik) iaitu auntie my best fren..n ustazah2 muda..semua guru2 ini nak sangat kami jdi pelapis yg dapat di tauladani,yg berkeyakinan tinggi dan mempunyai jati diri yg kuat serta menjadi muslimah yg benar2 sejati dan realiti bukan muslimah ilusi atau fantasi..insyAALLah ustazah kami akan usahakan..

pastu,,kami mulakan berbuka dgn membaca doa..minum air dulu..dahaga2 bangat..hihik..pastu solat berjema'ah bersama..then pulang..................

xkusangka tanpa dirancang aku dan sahabat2 tergerak hati nk g semayang terawih kat masjid..nasib baik masjid dkt je..tp lau jln kaki mmg xlarat..kene la naik transport..moto la.lps tu bermulalah kitorang bereenam berangkat dgn menaiki kereta BMW versi motorsikal ke masjid kutan..heheh...

aku,anis,waddah,k.ngah aisyah,k.long izzatie,dan r-yah pda wktu itu sdh pon berada di masjid..

anis:"eh joloko(betulke) kito duk kat masjid nih??cam x caye je..eh ore mimpi kah ni?" Dia bertanya kpd ku..

pappppp!!

satu tamparan gurauanku hinggap di pipinya..haha..x kuat pon..tamparan manja jeh..hihik

aku:"sero dop??(rasa x)

dia pon tersengih.."hehe,,rasalah"..aaa bagus,so realiti lah nih cik anis oii..kuikui..

sbenarnya khabar berita gembira g smyang kat masjid nih membuat aisyah,r-yah n izati tercengang-cengang..sbb sblum itu ajatnya nk g smayang kat balasoh(surau) berdekatan je..balasoh bukan belasah yeee...huhuhuhu

pastu,,aku pulak yg tnya anis soklan yg sama..lalu dia pon membalas dgn melakukan perkara yg sama spertimana aku telah lakukan kpdnya..haha...adeiihhhhh...... sbb aku memang rasa mcm xpercaya..dahla first time kuar naik moto bersama g smyang nye pulak kat masjid..itulah saat2 paling manis kitorang berenam..xkan ku lupakan kisah ini..ini merupakan kenangan yg terindah dlm hidupku..whai shbat engkaulah pembakar smgt ku ketika aku lemah..sungguh,,bila sengsorang diri ini rasa amat lemah dan malas nk terawih..bila ade sahabat yg mendampingi,,scara otomatik aku jd rajin dan amat bersemangat..bila rase mengantuk mase terawih,,sahabatku itu mengetuk-ngetuk diri ku agar tidak naik ke pangkat general n tergeneral(tertido)..hihi..

sahabat2ku:"keno tulis dalam diari nih..perkara yg x pernah berlaku dlm idup kita berenam g smyang bersama kat masjid.." lbh kurang mcm tu lah..haha mesti2 tulis..nah,skarang aku dah tuliss..kuikui..

haiihhh..memang lah aku dah berkawan dgn sahabat yg betul,,yg mengingatkan aku kpNya..alhamdulillah xterhingga...ya Allah aku sgt bersyukur kerana engkau pertemukan kami ..masing2 antara kami adalah form 3-form 5..kerna ilmu kita bertemu..ade jgk kerana nk main game kita dipertemu..keh3..teringat pulak nostalgia masa jd budak2 dulu..main besbol,bola katok,bola bayang n mcm2 lagii..hihik..seronoknya..rasa cam nk jd budak smula..kan bagus dpt undur balik ke masa silam..namun kita xkan termampu untuk menggapainya semula keran ia amat jauh..

pernah imam al-ghazali berkata kepada anak2 muridnye "benda yg paling jauh di dlm hidup kita adalah masa silam..masa itu bukan ibarat emas..tapi masa itu ibarat pedang..kerana masa xdapat dibeli walaupun dengan bukit emas sekalipon..dan perkara yg paling dekat adalah matii.."
lbh kurang cm tu lah..

contohnya,,BIll Gates..ape yg dia cakap..dia cakap dia dah xnk duit kerana dia dah beli sume yg dia nak..emas pon dia boleh beli..tapi masa silam dia xleh beli wlaupon dgn emas bergunung-gunung tingginya....kita pon xleh beli jgk..

nabi pernah bersabda bahawa orang yg paling cerdik itu ialah orang selalu ingat akan matii..
wahai sahabat semua sama2 kita berdoa ke hadrat Ilahi pada bulan ramadhan kareem ini agar dipermudahkan segala urusan kita,dan tergolong di dalam golongan itu serta dalam golongan mereka yg soleh solehah yg sedang berlumba-lumba dlm beribadah kepadaNya untuk mengaut keampunan dah pahala yg berlimpah ruah..aameen3...................

okeylah..panjang dah tuuu..huhu..cukup je lah setakat ni..

wassalam..
\(^.^)/

Sunday, August 22, 2010

Agar Bidadari Cemburu Padamu


Salam semerdu suara bidadari,buat akhawat yang jiwanya mudah tersentuh dengan kebenaran..tulisan ini adalah pemujuk bagi jiwanya yang dipanah cemburu terhadap sang bidadari ciptaan Allah..

“Sesungguhnya orang-orang bertaqwa berada ditempat yang aman. Di dalam taman-taman dan mata air – mata air. Mereka memakai sutera halus dan sutera tebal,(duduk) berhadap-hadapan.Demikianlah…dan Kami jodohkan mereka kepada bidadari bermata jeli” (QS. Ad Dukhan 51-54)

“dan ada bidadari bermata indah,laksana mutiara tersimpan indah” (Surah al-waqi’ah 22-23)

Subhanallah,bila terbaca ayat ini dalam al-quran ada timbul rasa cemburu pada sang bidadari ciptaan terindah Ilahi,begitu tidak dapat saya bayangkan keindahannya, gadis-gadis muda bermata jeli,dihatinya penuh cinta dan setia, laksana mutiara tersimpan indah tidak terusik walaupun sedikit,masih terpelihara fitrah muslimatnya tetap terpelihara dalam jagaan Allah

Cemburu itu bukan hanya terbit di hati saya,tapi di hati ummu salamah,isteri baginda Rasulullah S.A.W.

Tapi tenang sahaja,(^_^).Allah bersifat dengan ke’adilannya..maka tercetuslah dialog antara ummu salamah dengan baginda S.A.W,yang patut kita ambil ihtimam,bahawa wanita dunia juga patut di cemburui oleh bidadari,tapi wanita dunia yang bagaimana?

Imam Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah,bahawa Ummu Salamah Radiallahu ‘Anha telah berkata :”Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli…”

Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya bersih,matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”

Aku (ummu salamah) berkata lagi,”Jelaskan padaku ya Rasulullah, tentang firmanNya: “Laksana mutiara yang tersimpan baik…”(QS. Al Waqi’ah 23)

Baginda menjawab,” Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah; “ Di dalam surga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik…”(QS Ar Rahman 70)

Baginda menjawab,” Akhlaqnya baik dan wajahnya cantik jelita”.

Aku bertanya lagi,” Jelaskan padaku firman Alloh: “ Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik…”(QS As Shaffat 49)

Baginda menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bahagian dalam telur dan terlindung dari bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi,” Ya Rasulullah jelaskan padaku firman Allah ; “Penuh cinta lagi sebaya umurnya…”(QS Al Waqi’ah 37)

Baginda menjawab,” Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban.Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan merka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, ghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

Aku bertanya,” Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?”

Baginda menjawab,” Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

Aku bertanya,” Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Baginda menjawab,”Karena Solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya diwajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.Mereka berkata,”Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

Aku berkata,” Ya Rasulullah, salah seorang wanita diantara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat lelaki lalu meninggal dunia.Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah diantara lelaki itu yang menjadi suaminya di syurga?”

Baginda menjawab,” Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa diantara mereka yang paling baik akhlaqnya. Lalu dia berkata,”Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”

…Wahai Ummu Salamah, akhlaq yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR Ath Thabrani)

Subhanallah..beruntunglah wanita yang masih kekal menjaga fitrah,sehingga membuat bidadari yang cantik jelita cemburu padanya..seperti peribadi ummul mukminin saidatinah khadijah,saidatinah ‘aisya,saidatinah Fatimah dan banyak lagi wanita dunia yang akhirnya menjadi pemimpin para bidadari disyurga (subhanallah..subhanallah..subhanallah). buat sahabat akhawat, wanita cantik tidak semestinya solehah,tapi muslimat solehah itu semestinya cantik dipandangan Allah.

Thursday, August 19, 2010

Kemanisan cinta Ilahi


mabuk dalam cinta terhadap Allah SWT karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk
satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.


Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia.Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada hartabenda. Tetapi mereka lupa kepadahisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk.Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa.Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupakepada kubur."

Wednesday, August 18, 2010

tersasar amat..

slm..
huhu..gerammmnyeeeee...Photobucket (nah amek ko!!rasakan..)bencinyeee..

knp??

coz soklan B.arab tinggi(BAT) yg di spot smlm xmsuk..Photobucketadess..tp msk jgk la perkataan RAMADHAN cuma bkn dlm esei,but nk tentukan jenis jinas..esei yg msknya kelebihan mengurus masa..fuhh lega nsb baik ade bc gak psl tuh smlm..tp mungkin x se'best' y dibaca smlm..

kertas 1 BAT blh jwb kbykannya..sng aja rasanya..tapiiiiii ketas 2 sosahhhhhhhhhhhhh........oh nooooo..Photobucket.sudahla xnk cite byk2 psl nih..setakat ni je lah..esop xm PERDEC lak..wish me luck!

wslm..
..sPM 23 hb 11..

Tuesday, August 17, 2010

ini satu rahsia~

salam...

bertepatan dgn tjk di ats "ini satu rahsia"...hoho.Photobucket.benarkah??keh3..rahsia ni aku nk kongsi ngan bdk spm je..yg amek trial b.arab tinggi esop pd 18hb 08.2010..ni rahsia y plg sulit ni..ni kira special r kat korang y bc ni.huhu..aku nk gtau soklan spot..diramalkanu akan kluar tjuk SYAHRU RAMADHAN dlm eseii..insyaAllah..=)

fuuhhhhh!!kuar3..aameen3!

alhamdulillah prekso sejarah tadi mmg aku blh jwbPhotobucketsatu soklan yg aku bc tajuknya iaitu piagam madinah yg dispot oleh kawannya kpd kwn kpd kawn aku mungkin..tp tu pon tunggang langgang rsnye...huhu...

pastu,prekso English kelmarin alhamdulillah blh jwb la tjk hk aku bc..y novel tu spot moral value n theme tp kuarnya moral value..fuhh lega masyukk...pastu,,yg komsas tu spot si tenggang..mmg kuar..bijak sungguh si penspot ni..huhu..sapekah dy ye??aku pon xtau..kwn aku pon xtau..kn dy mungkin tau..

okehh la aku nk stat membaca dah..uhuhu..biasanya bkn study tp jd stido..Photobucketbila nk bc doa study je terbaca doa nk tdo..kerap j cam tu..haha..
dah tiba study mode..keep silent plz..hihik Photobucket

well,akhir kalam aku wish gudluck kpd sume calon SPM 2o10 yg sedang dan akan berjuang dlm medan perang trial SPM dan akan berjuang juga di medan perang real SPM pd 24hb 11 ini..

k itu sj..heheh...wassalam

Monday, August 16, 2010

Biarkan cintamu mengatakan TIDAK


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta.Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya,

jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!”

Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya,

“jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya.

Memang benar kata pepatah Arab,

seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah.

Firman Allah:

“Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka.Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah.

Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat…Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…

SUMBER


Wednesday, August 4, 2010

surat untuk mu SAHABAT

SURAT BUAT SAHABATKU..

Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.

Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.

Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.

Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin...

Raef -Peace and Blessing