-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Sunday, February 28, 2010

cara-cara bertaubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa SelamatALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar
.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat:


:1.Ikhlas ingin bertaubat
2.Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3.Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4.Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5.Dikerjakan sebelum ajal tiba.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat:

:Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula
.” (Az-Zumar: 30)Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat:

:Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu
makruh tahrim
utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu Ayatul Kursi 11 kali

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Ikhlas 11 kali

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
Ertinya:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya:
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah...

p/s:alohhh,,,panjangnye kene bace..byk kali pulak tuh..pasti kita rasa mcm tu kan??saya pon rase mcm tu jgk..tp bila Allah bukak pintu hati kita untuk bertaubat,insyaAllah kita tidak akan rase keberatan spt itu.."Penyakit MALAS akan menghalang kita untuk berbuat kebaikan"..

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan-jiwa/

Tuesday, February 23, 2010

tanda kamu seorang sahabat y BAIK

Sabda Rasulullah s.a.w..Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat(Tarmizi)

**smoga kita mampu menjadi shbt y spt hadis tersebut...ameen3... ;)

Friday, February 12, 2010

aku gerammmmmmm tahap gunung EVerest!!

salam alaik..

skjp td aku baru je layar blog seorang blogger y xbertanggung jawab.dia mencaci pemimpin2 y ingin menegakkan kalimah Allah khususnya tok guru nik abdul aziz n anwar ibrahim..dia memburuk-burukkan beliau..korang nk tau,,dia edit pic tuk guru dgn teruk skali..dia tlh mengaibkan imej tuk guru y aku sayangggggggggg!!!

ahhhhhhhhh.............tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!dlm hati aku berbara-bara api kemarahan..tapi apa kan daya aku hanya mmpu marah dan tidak puas ati dgn kelakuan dy..aku xmpu untuk menyekatnya...pasal kelakuan dy ni dah pon msuk suratkhabar.siap dgn alamat blog dy skali terpampang kat ctu..tp mf la aku xnk mencemarkan blog aku dgn meletakkan link blog pemfitnah tu kat blog aku.t kan blog aku xsedap di pandang pulak..

ade seorang pengkomen telah membuat pesanan ringkas kat cbox dy..hamba Allah y ni mengejek-ejek si pemfitnah ni begini "Apa khabar abang J(blogger). Seronok dalam lokap ari nie!..."

apa lagi aku,,sokong je la dgn pengkomen tu...ngeheheh..haha..pdn muko dy..wk jahat sgt..

biasola mnusia ni...sentiasa mahu menidakkan orang y ingin menegakkan kalimah Allah..suka sgt memburuk-burukkan alim ulama para solihin..sma la spt para nabi dan rasul kito..mereka jgk mengalami perkara y sama mlh lebih dahsyat lagi..subhanallah begitu hebat didikan Allah terhadap mereka dlm menempuh pelbagai ujian y mencabar..sesungguhnya mnusia ni lbih sukar untuk dididik berbanding dgn haiwan..

yA Allah berkatila mereka y ingin menegakkan kalimah MU..berikanlah mereka kemenangan..bantulah mereka..

AMeen...ameen...ameen...
wallahua'lam..

Thursday, February 11, 2010

epI b'Day


pink itu melambangkan kelembutan yang ada padamu..ketahuilah sgala mksud y tersirat dan tersurat...[untuk memudahkan awok jawab pekso BM soklan rumusan..ngeh3!!]

salam special untuk sahabatku..
andainya engkau akan membaca atau terbaca ucapan ku untuk mu,
aku ucapkan syukron jazilan wa jazakumullah..
kerana ucapan ini ku tujukan khas untukmu..
jika tidak,ucapan ini hanyalah sia2..

maaf sahabat....
kerana pada waktu persekolahan tadi aku xingat mengucapkan epi b'day kpd mu..
padahal temanku(minda) telah memberitahuku bhawa hari ini hri jadimu...
ini first time aku buat ucapan hri jAdi bgtu special di alam maya..
aku tau engkau menggemari pink colour..
jadi aku telah membuat semua coretan berwarna PINK hanya khas untukmu..

first time kita bertemu..
bagaikan telah lama kenal..
asal jumpe je ketawa..
dah xpeduli dah orang di sekeliling..
asal ketawa je jumpe..

nampaknye umur kita dah makin meningkat..
dunia makin tua..
jom sama2 kita tambahkan lagi amal ibadah..
agar hidup kita tidak sia-sia..
moga2 dirimu diredhai dan diberkati Allah sentiasa...
May ALLAH bless u always!


!!hApPy bIrthDay yg ke-17 RAMIZAH!!
-11hb 02 tahun 1993-
^_^ (",)

p/s:terimalah ucapanku y xseberapa special ini

Friday, February 5, 2010

Gambaran ALAM MAHSYAR ^^begitu menakutkan!!!

salam alaik..
terlebih dahulu sile doa-doakan kesihatanku agar aku sihat sntiasa..ameen3..terima kasih ku ucapkan kpd yg sudi mendoakan ku..skrg ana paparkan mcmana gambaran alam mahsyar kepada antum antunna sumo(sume) bukan 'sumo' la. xp


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar
yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.


15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.


16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.


18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang
.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun
.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

p/s-Berpesan-pesan sesama insan membawa berkat-
-dapat dr email..

Thursday, February 4, 2010

PESANAN y bererti..

Saya terima mesej ini dari seorang sahabat. Saya tak pasti akibatnya jika tidak menghantar kepada org lain..
Tapi apa yg disarankan ada betulnya dan memang dituntut oleh ugama kita. Dari itu bacalah dan buatlah apa yg disarankan melalui PESANAN penulis asal, semuga kita sama2 mendapat Rahmat dan pengampunan dari ALLAH.


> Ini adalah benar
> Sila baca sehingga habis..dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang islam yang boleh
> Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
> Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sheikh Ahmad Maeine. Pada suatu malam ketika membaca Al Quran di makam rasul. Selepas membaca lalu hamba tertidur , dalam tidur itu hamba bermimpi didatangi rasulullah lalu bersabda kepada hamba, dalam 60000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
> a) isteri tidak dengar kata suami
> b) orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
> c) orang tidak lagi berzakat dan dan tidak lagi membuat kebajikan
> oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari di atas kepala¿
> PESANAN HAMBA INI
> a) berselawat untuk junjungan nabi kita Muhammad SAW
> b) bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka
> c) bersembahyanglah
> d) berzakat-jangan ditinggalkan
> e) menunaikan fardhu haji bila berkemampuan
> f) jangan derhaka kepada ibu bapa
> UNTUK MAKLUMAN..

> 1) seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaanya

> 2) seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannyadan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian, anaknya meninggal dunia

> 3) Tun Dato Mustapha, bekas ketua menteri Sabah menerima surat ini dan mengarahkan setiausahanya mencetak 20 salinan dan disebarkan kepada orang lain. Maka selang beberapa hari, dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.

> 4) Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menter besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau meneima surat ini, beliau terlupa mencetak dan terlupa untuk diedarkan.dan beliau sedar kesilapannya dan mengedarkan semula wasiat ini dan beberapa hari kmudian beliau dilantik menjadi menteri cabinet di jabatan perdana menteri

> 5) Zulfikar Ali Bhuno menerima surat ini dan tidak percaya akan kbnarannya, dan menganggap ia adalah palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian, beliau dijatuhkan hukuman pancung.

> 6) Di trg, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima surat ini dari org yg tidak dikenali yg dtg dr perak, lalu beliau mmbuat salinan 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah, dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia.
> Banyak lagi contoh2 lain..ingatlah tolong kirimkan surat ini kepada seberapa ramai org Islam. Kata Sheikh Ahmad, jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan tidak mendapat syafaat rasulullah. Nauzubillah..

Sorry if I accidentally sent to the non-muslim ..

Raef -Peace and Blessing