-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Thursday, December 31, 2009

Bertudung vs x bertudung

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.



Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

http://cintailahialways.ning.com/profiles/blogs/bertudung-vs-x-brtudung

Wednesday, December 30, 2009

risalah untukmu yang bergelar WANITA




Untuk mu Wanita....


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....
umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun.....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu , yang penting engkau mempunyai azam, usaha & istiqomah.........

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.... seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu....

Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita "

berpandukan lah pada Al-Quran & Sunnah untuk setiap langkah & tindakanmu
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yang bisa mengongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu....

JawapaN ALLAH



Jawapan Allah swt kpd persoalan hidup kita

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnay kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar & sesungguhnya DIA mengetahui org2 yg dusta" Al-Ankabut:2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,& boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI???KNP AKU DIUJI BEGINI???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286

RASA FRUST??..TENSION??..LEMAH SEMANGAT???
"Janganlah kamu bersikap lemah,& jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yg beriman" Al-Imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
"Wahaiorang-orang yg beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan & kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) & bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Al-Imran:200

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn jln sabar & mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk" Al-Baqarah:45

APA AKU DAPAT DRPD SEMUA INI???
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta mereka dgn memberikan mereka syurga untuk mereka...." At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???
"Cukuplah!Allah bagiku,tiada Tuhan selain dariNYA.Hanya kpdMU aku bertawakkal" At-Taubah:129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!..AKU DH BOSAN!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" Yusuf:12

Thursday, December 17, 2009

Rahsia Simbol PEACE!!

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).



Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

p/s:sy baru terbaca artikel ni..hmm..nmpknye kne tukar simbol lain la lau nk wt pieace..tp care y mcmane ek??huhu...ape2 je lah..

sumber: http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/rahsia-simbol-peace

Wednesday, December 16, 2009

cUti..cuti..dan CutI........

slm cuti sekolah n sem n ape2 je..

lau aku tgk kat blog2 member,kira2 2 minggu dah xhapedet blog nih..dah berhabuk nmpknye..mlm ni aku nk gilap2 kan ia n ceriakan ia dgn entry terbaru aku..best ke x,aku xpeduli..bg aku,ape y nk diluahkan,terluahlah kat cni..kan blog aku nih..hehehe..suka hti pemuda pemudi lah nk bc or x..jamilah xkesah..

dah lame kekeringan idea.slalu je idea ni dtg ktika bukan semasa sign in blog nih..err,,tidakkah ayat aku tu terbelit-belit cm keling ckit??hihihi..biasalah..nenek moyang zman batu dulu keling..kui2...

hapelah budak jamilah ni sorang,,lau g kelas tambahan kat sekolah kul 9 baru smpai..klasnye stat kul 8:3o..tp lau nk g wat lesen moto kat pengkalan chepa(jauh tuuuuuuuuu) sblm kul 8 lagi dah siap..janjinye nk g kul 8..bgus pulop bab nih..hehehehe..itu naseb baek sir y ngaja sains xmarah+spoting.."jangan ko naik kepala lak"...ingatkan diri..xleh amek kesempatan atas kesolehan sikap sir.

seumur idup aku jadi seorang best student terhadap cikgu2 sekolah[xpernah jadi pon!!hahahhha..jangan nak perasan... xD],aku xpernah lagi jumpa cikgu seSSSSSOLLLEHHHHhhh sir ROZMAN ni..beliau slalu bawak bekal ke school..xpernah lg rasenye diri ini tengok beliau makan kat kantin ketika waktu rehat...he is very intelligent..

sungguh!!aku teramat kagum dgn sikap beliau..beliau hanyelah cikgu sains,tapi sikap beliau di mataku bagaikan melebihi sikap seorang ustaz..sbb ape??coz beliau sentiasa pakai kopiah..cara mengaja pon best..kerap kali buat experiment..x garang..senang je hati ni bile tengok air mukanya..

sepanjang pengalaman aku bljar kat sekolah mahad muhammadi pasir pekan,kat cnilah aku melihat bi'ah solehah..y mne hampir ke semua guru2 lelaki memakai kopiah meskipun x mengaja pelajaran y agama..smua cgu kat cni ber'jurus2'[baek,bagus,solehah]..

ya,memang aku akui,pertama kali aku pijak kaki ke bumi mahad itu untuk belajar aku rase sangat seronok..tp ade yang buat aku terasa menyampah..seronok bile jumpa kengkawan sekolah rendah,seronok bile bertambah kawan,seronok bile diri ini menjadi perhatian kpd kakak2 senior,guru2(ktika bljr je..huhu..)

aku ni xde femes pon dlm kalangan guru2)...terutamanye dlm kalangan friends..kerana merekalah yang sentiasa menunggu aku,bercakap tentangku,berbual bersama-sama,berdampingan bersama-sama walau di mana berada,kerap rehat sama2,sentiasa memanggilku bila ternampakku..begitu jugak aku terhadap mereka skiranya ade mood..tengok keadaan jugak..biasanye aku ni,,lau kat kawan xmudah naik marah n baek je..hahah..lau kat adeq-beradeq cpt je naik marah...huhu..memang xelok sikap amarah ni..

oh,lau ade tetamu datang,,sopan semacam..pijak semut pon xmampus..huihuihuihui...lau nak tau perangai aku y sebenar,,sile2 lah tanye mereka2 y dekat dengan aku[mcmla ade orang nak tau pasal dya,,hhohohoho]..sile jgn cakap gtu kat saye,,nanti kecik ati saye..huhuk..saya hanye berseloroh wahai pelawat2 y sudi menengok n membaca ntri kat blog iniiiiee..

y menyampahnye bile aku tengok,,cara budak2 mahad ni bersalam..ade style lahh..cara lipat tudung..y di dlm dy lipat ke luar(mungkin y pompuan phm care lipat y dickpkan ni)..nmpak rock lah..hahaha..lame2 aku pulak y amalkan..keh3..aku dah tarik balik rase menyampah aku..aku respect abesss!!tp care lipat ni kengkadang sangggggaaaaaaaaattttttt..aku bersalam macm tu lah ngan member2 aku..susah nk ckp cmne cara bersalam tuh..huhu..tp ade style lah n bagussss....ntah2 bdk2 tingkatan 1 y baru pulak y menyampah kat aku..huhuhu..redho r..

hmmm..esop ade test komputer step 2 untuk buat lesen motor..nanti bolehla pergi sndiri ke bandar..heheheh...xde lesen skarang ni pon aiiihhh,,dah bonceng motor smpai ke wakaf bharu,tendong,kubang batang..hihihi..nasib baek xde abe LIH(polis)..lau x,dapat surat cintalah jawabnye..kwang3..

"lesen,"polis minta lesen kat pembonceng motosikal y mau pergi ke KB.."ahh,lesen?ade encik..tp duk kat umah..lau encik nak jugak pergi umah lah g tengok lesen saye.."tergeleng-geleng kepala encik polis tuh..hohhohohoho..."nah amik ko surat cinta aku nih..""alamak,,surat cinta ni perlu dibalas dlm tempoh yang tlh ditetapkan.huhu..cinta y ni amat berbeza,,surat di balas dengan duit..saman m-o-t-o..arghhhh.."pmbonceng itu bermonolog dalaman...

.........kan dah bengang tuuu....itu pasai kite kena buat lesen..ini adalah untuk memimpin agar para pemandu menjadi pemandu yang berhemah tinggi..yang mane membawa maksud,mampu mengelakkan dirinye dan pemandu lain daripada berlaku kemalangan..wahhh,,ingat ag definisinya..panas ag nihhhh!!nak kene jawab dlm test komp besok..soklan bocor nihh..hehe..apelah sume soklan dah bocor,tinggal bace n ingat jeh..amboi2,mentang2 lah baru kursus ari tu..kuikuikui.....

maaf lau saye ade salah silap kat sdare sdari..maaf diucapkan..lau ade y baek amalkan,lau y buruk itu tinggalkan..

*****hamba y faqir n kerdil di hadapanNYA******

Raef -Peace and Blessing