-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Wednesday, September 30, 2009

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

After funeral,everyone home,both of angels Mungkar and Nakir is coming to that man's grave n try to separate the handsome man to enable themselves to ask that man alone about his obedience of Allah.But the handsome man said,
He is my friend. I never left him alone notwithstanding. If you set for the question, Do it Thine. I can not leave until I find him admitted to the Garden. "

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.---@



Tuesday, September 29, 2009

Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Sepanjang Ramadhan sehingga kini Syawwal, berbagai soalan dihantar kepada saya berkaitan dengan hukam-hakam itu dan ini. Saya sering katakan, pada asasnya Islam begitu luas dalam soal kehidupan umum atau muamalat, tetapi ketat dalam soal ibadah.


Ertinya, dalam soal kehidupan Islam membuka pintu keharusan, atau keizinan seluas-luasnya sehinggalah adanya dalil dari al-Quran atau Sunnah yang melarangnya. Jika dikaitkan dengan hariraya, maka soalan berhubung dengan hukum menghantar kad raya, atau email raya, membuat ketupat dan rendang, dodol dan lemang, atau kena pakai baju melayu atau jubah dan seumpamanya adakah bid’ah atau dibolehkan?


Sudah pasti itu semua termasuk dalam urusan umum kehidupan yang mana kreativiti manusia untuk hidup dan bergembira diberikan ‘lesen’ yang besar oleh Islam selagi tidak melanggar prinsip-prinsipnya seperti membazir, sombong, menyerupai agama lain secara khusus, memudaratkan diri sendiri atau orang lain, menyakiti fizikal atau mental orang secara langsung dan lain-lain prinsip.

Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal. Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan.

Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya. Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam. Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini. Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!

Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. Berbagai-bagai upacara baru dalam gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)

“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3).

Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):

“Sesiapa yang mengadakan-adakan perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Main Mercun


- Gambar Hiasan

Ada yang bertanya saya tentang hukum main mercun. Sebenarnya main mercun pada hariraya bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang mesti dijelaskan.

Pertama sekali, tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya. Jika kepercayaan ini ada, ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.

Kedua, permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram. Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.

Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya. Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.

Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:

“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.

Kisah Malam Raya


- Gambar Hiasan

Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. Kononnya fadhilatnya begitu hebat. Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan.

Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan.

Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Puasa Enam


- Gambar Hiasan

Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh.

Kesimpulan dari jawapan saya dalam Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.

Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”.

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak.

Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.

Hikmat Ayat Al-Kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya

Saturday, September 19, 2009

NUzul

salam minal adilfitri wal faizin sume.................


Pd hari nuzul qur'an hari tu munculnye seekor cahaya mata kpd kucing aku y diberi nama oleh aku CC(cute cat)...ia cute tau tak..aku sangkakan cc ni gemuk sbb mkn byk.tp upe2 nye mengandung..huhu......maka terkeluarlah seekor bayi kucing y comel mcm mak dya(cc) y kini adeq aku bgi name NUZUL meskipun ia betina pd hari y mulia tersebut....huh..buat aku dengki je...aku lahir pd hri y biase2 tp dy........

uhuk ini xadil!!nvm2 aku bersyukur coz aku dilahirkan ke dunia ni utk tgk n beribadah kpdNya y maha agung.......klu aku xwujud kat dunia ni semestinya aku xleh kenal ngan korang sume ni..xleh nak post cite ni apatah lagi nk buat blog...

xleh kenal ngan saudara mara ngan kengkawan sume ngan cgu2 ustzh2(same je tuh..hahak..) xleh knl agama ISLAM xleh merasa bgaimana nikmat n cubaan dan dugaan idup di dunia y penuh fana fatamorgana bagaikan melihat ade air di padang pasir sedangkan itu hanyalah khayalan semata-mata dan sekaki-kaki...

sekarang aku persembahkan seekor 2 ekor kucing y aku citekan kat atas td..beliau amatlah popular di kalangan kami [keluarga aku dan semestinya sesape y berminat akan kucing pon akan tertarik sama bagaikan disedut oleh vakum y aku guna...hehehehe]



jeng jeng jeng!!!!!inilah dy......xmandi ag lah tu..sbb tu dy g duduk jugak kat bwh kerusi di dalam bilik mandi y pink color o...mungkin sbb dy nk mandi..tunggula adeq aku polish dy smpai berkilat..t xde la kesan itam kat idung y nk kata mancung pon tidak xmancung pon tdk.....



nah,,skarang baru dah mandi...cute memiutt x??merah tu bulunya y putih halus mulus..ni la dy masa muda2 dulu...hehehehec.......bru sthn lebih..


sekarang dah pon bergelar seekor ibu y sedang memeluk erat anaknya y bernama NUZUL...t adeq aku polish CC pulak..





Thursday, September 17, 2009

Macam-macam~~

salam alaik...

sdg kawan aku asyik membonceng moto ksayangan auntie aku y kini tlh diambil alih oleh aku utk mengasihinya dan aku berada dibelakangnya untuk pulang ke rumah dari sekolah...tiba2..kami terlihat seekor lembu y kelihatan pd zohirnya emmm marvelous shj dagingnye..gemuk dan berlemak..berwarna coklat kehitaman sdg meragut rumput..lgi best klu dibuat rendang..ekeke,,

aku pon menegur lembu tersebut smbil motor dibonceng oleh bestprennn ku.."ehh lembu,loghat(cepat) yo wak gemuk body..soba la..raya haji lmbt lagiiii...ehh xpo2 teruskan2 meragut utk prepare rya hji..xlamo doh..hehe.." smasa kami melintasi ia,ia terus mendengus dan maju stapak ke depan serta merta membuatkan kami terkezzuuttt shingga hampir tercAbut jantung kami..dan dgn expressnye kwn aku menambah lajukan had laju motor dgn jantung berdegup kencanggg.......dupdapdupdapdupdap....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

...............................

mcm biasa aku pegi smyg terawih..sering shj aku melihat bdk2 pompuan y merupakan lpsn UPSR duk kat belakang solat dgn main2..dan amatlah mereka itu gemar mengganggu mereka2 y lbih kecik mhupun y remaja spt aku utk meneruskan solat tersebut...huhuhu....tergugat iman aku bile duk ngan merka..mrka suka sgt kacau dgn berlakon ala2 mak andam..dan org y slt spt org y mhu dimekap.."utk memerahkan bibir...."smbil membuat gaya nya y top xberpa nk top....ehehe..

adapun smasa aku bru je nk bgun utk mulakan solat..pd msa y sama budak pompuan y kecik lgi putih bersih comel kiut memiut itu berlari anak mak bapak dgn melintasi ku tnpa aku perasan..tiba2...ddegummm!!!! dgn xsngaja dy tlh melanggar kpalaku..huhu..... "aduhhhhh(olok-olok sakit).......ganahnyo awok..."aku berkata dgn suara pnuh kelembutan bgaikan slmbut shalus sutera kasih sayang..kuikuikuikuikuikuikuikuikuikuikuikui.................

sementara kemudian seusai je aku selesai solat terawih y ke berpa kali ntah..tiba2 berterbangan terbus.."pabb!!" kene muka aku lagiiiiiiiiiiii...apala nasib...budak y same tu jgk y baling...adeiiihhh...bdk y mane satu xtau la sbb mereka adeq beradeq kembar..bdk2 kembar inilah y tlh mem'buli' aku pd mlm y same y apbila ditegur mereka hanya senyummm dan ketawa mcm ni =) ...aku hanya tersenyum dgn gelagat mereka...sbb bkn sakit ponn...heheheheehehehhehehehheheheheheheheheheh...................

...........................
keAdaan di dalam kelas ktika bulan romadhon..

aku dah siap simpan sume dah buku2 kertas2 kotak pensel dan y sewaktu dgnnye ke dlm beg..pkirnye cgu dah xmsk so bukakla klb bual ngan kengkawan..dtgla slh sorang classmate aku mendekatkan diri kpd group kami seraya bkata..."sapo nok beli baju t-shirt ni??" dia ni gemar sgt mempromote brg2 jualan..direct selling katakan..haha...bgusla dy..mmg mewarisi sft ibu ayahnye...

ainatul y merupakan group aku berkata dgn penuh minat.."eh comenyo baju ni..kain pon sedap(lembut)..nak2.....brapa harga??" "rm17" (kot..aku dah lupala harganya..klu korang nak tau korang selidik sendiri la..xpon bgtau kat aku lau nak..blh aku kasitau sma dy...hohoho...group aku pon menyetujui pendapat ainatul niihh...

lps tu,,aku suh dy try bju itu..lalu dy menyarungnya dgn berlapikkan bju skolah di dalamnye..tiba2 ..."alamak!cgu!" aku tergamam... cgu lelaki sub matematik msukkkk scara mengejut membuatkan kami terhuru-hara.....pempromote y tgh duk mkn keropok pedas dgn santai dan relex cpt2 sorok keropoknya dan sgera ke tempat sendiri supaya xdisedari oleh cgu tersebut..mnakala ainatul plk cpt2 buang bju tu..howw...xsampai sesaat pon dy buang..lajunya mcm kilat...kehkehkeh...aku ktika itu sgera duduk di tempat aku shinggakan terbawak pen ainatul bersama aku tnpa aku sedari..bile aku sdr, aku kembalikan pen itu kpd empunya tuan..kawan2 dibelakang tersengeh dgn gelagat aku..kuikuikui...

siap jwb slm dan baca doa,cgu y tgh duduk itu seraya berkata smbil melemparkan senyuman mnisss semanis madu..."hehem ade org duk mkan rupanya.."cgu ni sentiasa murah dgn senyuman tp kadang2 aku mengantuk bile dgr dy ngajar..ape la aku ni..y kwn aku plk bile cgu tu msuk je mula la mata dy nk stat mengantuk..apo peseng la...terok kan??(dah memang teruk pon ko dan kwan ko tuuu...lenkali jgn buat lagiiii...) huhuh..insyaAllah.....senjak 2 menjak ni aku xbrapa paham cgu tu ajar mgkin sbb aku xnk bljr akademik bt msa skarang utk tekan SMU...huhu..

k lah nk g solat lu..salam lebaran sume...i lap u,u labi air..skadar gurauan jgn marah t cpt tuaaa...
=)

Anak Adam

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

sumber : dari emel

Kisah Teladan

Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "


Semoga menjadi teladan buat semua.

sumber:dari emel kwn forward

Raef -Peace and Blessing