-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Thursday, December 31, 2009

Bertudung vs x bertudung

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.



Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

http://cintailahialways.ning.com/profiles/blogs/bertudung-vs-x-brtudung

Wednesday, December 30, 2009

risalah untukmu yang bergelar WANITA




Untuk mu Wanita....


Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman yang indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan & keindahan taqwa kepada Allah..
Hiasailah wajah mu dengan titisan wudhuk ...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki & lelaki tidak melihat kepadanya.

sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.....
umpama sebutir permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah,

Wanita solehah yang taat & patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...

Namun.....ianya memerlukan pengorbanan & mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada .......

sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu , yang penting engkau mempunyai azam, usaha & istiqomah.........

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki.... seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tiada lagi perisai yang dapat membentengimu....

Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita "

berpandukan lah pada Al-Quran & Sunnah untuk setiap langkah & tindakanmu
jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yang bisa mengongcangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu....

JawapaN ALLAH



Jawapan Allah swt kpd persoalan hidup kita

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnay kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar & sesungguhnya DIA mengetahui org2 yg dusta" Al-Ankabut:2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,& boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI???KNP AKU DIUJI BEGINI???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286

RASA FRUST??..TENSION??..LEMAH SEMANGAT???
"Janganlah kamu bersikap lemah,& jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yg beriman" Al-Imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
"Wahaiorang-orang yg beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan & kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) & bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Al-Imran:200

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn jln sabar & mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk" Al-Baqarah:45

APA AKU DAPAT DRPD SEMUA INI???
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta mereka dgn memberikan mereka syurga untuk mereka...." At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???
"Cukuplah!Allah bagiku,tiada Tuhan selain dariNYA.Hanya kpdMU aku bertawakkal" At-Taubah:129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!..AKU DH BOSAN!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" Yusuf:12

Thursday, December 17, 2009

Rahsia Simbol PEACE!!

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).



Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)


Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

p/s:sy baru terbaca artikel ni..hmm..nmpknye kne tukar simbol lain la lau nk wt pieace..tp care y mcmane ek??huhu...ape2 je lah..

sumber: http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/rahsia-simbol-peace

Wednesday, December 16, 2009

cUti..cuti..dan CutI........

slm cuti sekolah n sem n ape2 je..

lau aku tgk kat blog2 member,kira2 2 minggu dah xhapedet blog nih..dah berhabuk nmpknye..mlm ni aku nk gilap2 kan ia n ceriakan ia dgn entry terbaru aku..best ke x,aku xpeduli..bg aku,ape y nk diluahkan,terluahlah kat cni..kan blog aku nih..hehehe..suka hti pemuda pemudi lah nk bc or x..jamilah xkesah..

dah lame kekeringan idea.slalu je idea ni dtg ktika bukan semasa sign in blog nih..err,,tidakkah ayat aku tu terbelit-belit cm keling ckit??hihihi..biasalah..nenek moyang zman batu dulu keling..kui2...

hapelah budak jamilah ni sorang,,lau g kelas tambahan kat sekolah kul 9 baru smpai..klasnye stat kul 8:3o..tp lau nk g wat lesen moto kat pengkalan chepa(jauh tuuuuuuuuu) sblm kul 8 lagi dah siap..janjinye nk g kul 8..bgus pulop bab nih..hehehehe..itu naseb baek sir y ngaja sains xmarah+spoting.."jangan ko naik kepala lak"...ingatkan diri..xleh amek kesempatan atas kesolehan sikap sir.

seumur idup aku jadi seorang best student terhadap cikgu2 sekolah[xpernah jadi pon!!hahahhha..jangan nak perasan... xD],aku xpernah lagi jumpa cikgu seSSSSSOLLLEHHHHhhh sir ROZMAN ni..beliau slalu bawak bekal ke school..xpernah lg rasenye diri ini tengok beliau makan kat kantin ketika waktu rehat...he is very intelligent..

sungguh!!aku teramat kagum dgn sikap beliau..beliau hanyelah cikgu sains,tapi sikap beliau di mataku bagaikan melebihi sikap seorang ustaz..sbb ape??coz beliau sentiasa pakai kopiah..cara mengaja pon best..kerap kali buat experiment..x garang..senang je hati ni bile tengok air mukanya..

sepanjang pengalaman aku bljar kat sekolah mahad muhammadi pasir pekan,kat cnilah aku melihat bi'ah solehah..y mne hampir ke semua guru2 lelaki memakai kopiah meskipun x mengaja pelajaran y agama..smua cgu kat cni ber'jurus2'[baek,bagus,solehah]..

ya,memang aku akui,pertama kali aku pijak kaki ke bumi mahad itu untuk belajar aku rase sangat seronok..tp ade yang buat aku terasa menyampah..seronok bile jumpa kengkawan sekolah rendah,seronok bile bertambah kawan,seronok bile diri ini menjadi perhatian kpd kakak2 senior,guru2(ktika bljr je..huhu..)

aku ni xde femes pon dlm kalangan guru2)...terutamanye dlm kalangan friends..kerana merekalah yang sentiasa menunggu aku,bercakap tentangku,berbual bersama-sama,berdampingan bersama-sama walau di mana berada,kerap rehat sama2,sentiasa memanggilku bila ternampakku..begitu jugak aku terhadap mereka skiranya ade mood..tengok keadaan jugak..biasanye aku ni,,lau kat kawan xmudah naik marah n baek je..hahah..lau kat adeq-beradeq cpt je naik marah...huhu..memang xelok sikap amarah ni..

oh,lau ade tetamu datang,,sopan semacam..pijak semut pon xmampus..huihuihuihui...lau nak tau perangai aku y sebenar,,sile2 lah tanye mereka2 y dekat dengan aku[mcmla ade orang nak tau pasal dya,,hhohohoho]..sile jgn cakap gtu kat saye,,nanti kecik ati saye..huhuk..saya hanye berseloroh wahai pelawat2 y sudi menengok n membaca ntri kat blog iniiiiee..

y menyampahnye bile aku tengok,,cara budak2 mahad ni bersalam..ade style lahh..cara lipat tudung..y di dlm dy lipat ke luar(mungkin y pompuan phm care lipat y dickpkan ni)..nmpak rock lah..hahaha..lame2 aku pulak y amalkan..keh3..aku dah tarik balik rase menyampah aku..aku respect abesss!!tp care lipat ni kengkadang sangggggaaaaaaaaattttttt..aku bersalam macm tu lah ngan member2 aku..susah nk ckp cmne cara bersalam tuh..huhu..tp ade style lah n bagussss....ntah2 bdk2 tingkatan 1 y baru pulak y menyampah kat aku..huhuhu..redho r..

hmmm..esop ade test komputer step 2 untuk buat lesen motor..nanti bolehla pergi sndiri ke bandar..heheheh...xde lesen skarang ni pon aiiihhh,,dah bonceng motor smpai ke wakaf bharu,tendong,kubang batang..hihihi..nasib baek xde abe LIH(polis)..lau x,dapat surat cintalah jawabnye..kwang3..

"lesen,"polis minta lesen kat pembonceng motosikal y mau pergi ke KB.."ahh,lesen?ade encik..tp duk kat umah..lau encik nak jugak pergi umah lah g tengok lesen saye.."tergeleng-geleng kepala encik polis tuh..hohhohohoho..."nah amik ko surat cinta aku nih..""alamak,,surat cinta ni perlu dibalas dlm tempoh yang tlh ditetapkan.huhu..cinta y ni amat berbeza,,surat di balas dengan duit..saman m-o-t-o..arghhhh.."pmbonceng itu bermonolog dalaman...

.........kan dah bengang tuuu....itu pasai kite kena buat lesen..ini adalah untuk memimpin agar para pemandu menjadi pemandu yang berhemah tinggi..yang mane membawa maksud,mampu mengelakkan dirinye dan pemandu lain daripada berlaku kemalangan..wahhh,,ingat ag definisinya..panas ag nihhhh!!nak kene jawab dlm test komp besok..soklan bocor nihh..hehe..apelah sume soklan dah bocor,tinggal bace n ingat jeh..amboi2,mentang2 lah baru kursus ari tu..kuikuikui.....

maaf lau saye ade salah silap kat sdare sdari..maaf diucapkan..lau ade y baek amalkan,lau y buruk itu tinggalkan..

*****hamba y faqir n kerdil di hadapanNYA******

Thursday, November 26, 2009

sElamat ari Raye idil-adhA



slmt ari raye ku ucapkan kpd smua..sile2 lah jgn malu2 untuk menyembelih ku..bergembiralah esop yer..hehe.. ;) smoga diberkati ilahi..mulakan dgn BASMALAH..slmt tinggal..ececey.. T_T

Wednesday, November 25, 2009

Rahsia sOLat awaL



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Psst: Entri nie dikreditkan kepada
Ustaz Zahazan Mohamed.

Tuesday, November 24, 2009

doa nabi muhammad

bismillah..
"Allahumma inni asaluqa tahhdi bihal qolbi watajmu bihal fitnati ani"

doa ni aku dpt dri kawan melalui msg ringkas..tp slps doa itu,ia ada tulis
"kirim kepada 10 org insyaAllah 2jam kmudian anda akan mendengar khabar baik dan mendapat kbahagiaan..tapi skiranye xdisebrkan muka anda akan m'dpt musibah besar:demi Allah ini amanah:dan jgn dihapus seblm disebarkan"

aku nak tanye pendapat korang..ape betol ke y dikatakan(tulisan merah tu) diatas??
ape betol kah ejaan ayat(doa) tersebut??
msg ini mcm memaksa utk disebarkan pdhal Islam xpaksa2..
n bila doa ni kita ptt amalkan??

ANA MUSYKIL!tulung sayeeeee... Photobucket

Monday, November 23, 2009

kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak.

.....Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Sunday, November 22, 2009

XperImenT of mEtaLs part 2 =)

salam...

pendek ckit titik noktah "salam" ari ni..hnye 3ttk noktah..knp ea??nthla..sje je..kuikui..slalu lau kwn msg or tnye "sht dop?" slalu je aku jwb alhamdulillah sht..jrg sgt ckp xbrp sht..pdhal ktika aku ckp sht,,aku tgh xsht..selsema la,skt tekakla..mcm2..dah terbiasa ckp sht smpaikan tgh skit pon g kate sht..xprsan diri sendiri tgh demam..haha..

hari ni xperimen metal of sulphuric acid bersmbung lgi..berdasarkan observation aku calcium dah jd putih..lau nk dicuci boiling tube tuh,,kene ati2 lau xmelecur tgn..magnesium ilang(larut) di sebalik asid sulphuric itu..copper xde ape2 perubahan..no reaction..n zinc tgh berbuih ag..ia mengeluarkan bubbles..tp dah mkin slow pergerakan bubbles dy drpd mgu lepas..lau xsilap,kepingan zinc tuh dah jd putih berdebu..
magnesium+sulphuric acid->magnesium sulphate+hydrogen gas
zinc+sulphuric acid->zinc sulphate+hydrogen gas
copper+sulphuric acid->no reaction

ujikaji potassium manganate (vii)..glass wool fungsinye separating the potassium manganate (vii) and metal powder..

apllying the concept of reactivity series..
metal extraction from ores(bijih)..
ore:compound of metal,carbonate,oxides,sulphate etc..

eg:
stanum ores(main compound:stanum (iv) oxides)
stanum(iv) oxide+carbon->stanum+carbon dioxide
why carbon??
-cheaper
-easily available
-more reactive

aluminium oxide+carbon->no reaction
why??krn aluminium lebih tinggi drpd carbon..
selesai!!dah nk g tdo..lewatnye..esop xtra class..mgkin esop cgu msk ngaja dulu baru aku sampai..huhu.. zzzzzzzz~


Thursday, November 19, 2009

XperImenT of mEtaLs

salam alaik.......................

ermmmm...gano nok mulo eh..huhuh......jak nok mikir beta..Photobucket

aaa...blh doh..ari nih cuaca mendung je memanjang..bile tibanya wktu petang menggantikan pagi dentuman guruh mengisyaratkan bhwa hari nak ujan or ujan nak turun bertandang mencecah ke bumi..lalu mengeluhla mereka y xsuke ujan turun bt mse itu mnakala bersorak gumbira n ceriakla bg mrka y inginkan ujan..n a...ku...lah y tergolong dlm golongan pertama itu gara2 baru je terlelap kejap dah nak kena angkit kain di jemuran..diri terasa amat mls ktika itu..huhu...lps akat y dah kering n hmpir kering baru lega..huhu..ujan2 ni malas nk bergerak bt keje..lau g jln2 je nom 1!ape nk jadilah diri ni...slalu sje melayani sft y xdiundang itu..dah ko(MALAS) g jauh2..jgn sesekali dtg lagiiiiiiiiiiiiii!!!!syuhhhhhhhh!!!!!(same je cm halau ayam..ekekeke)

bgn pagi gosok gigi gunekan safi n berus gg oral-B..berus gg oral-B tlh di perakui oleh semua doktor2 di seluruh dunia ttg kebaikannye memutihkan gg n menyihatkan gg serta gusi,langit n lidah..

siap2 g sekolah..bonceng moto kesayangan famili sengsorang y berwarne itam dgn cermatnye menuju ke sekolah kesayangan yang gah berdiri tegAk berwarna lain2 kaler ssebuah bgnn y ade di sekolah..sekolah y terletak antara sek.falahiah n sek.mahmud..aiiiii,ari ni aku single lorr naek moto g n balik sek..biasanye bedua..krn bedua lebih baek..hehek..my "sweetheart"(bestfren aku) g ngan abah ksygn dy n balik plop lmbt..ntahla dy nk g mane nk blik lbh drpd kul 2pm...pdhAl xde ape2 program pon kat skolah ari ni..adelah tu program yg dy n kwn2 rancang mgkin luar dr kaw sk.

nasib baekla sbaik je smpai sk my classmate gtau ade kls sains..akunye xbwk sbrg alat2 tulis ari ni mahupon buku(terlebih rajin katakan..haha)..aku bwk y wjb je..botol air n ubat..lps beli kuih untuk isi perot y tlh mendendangkan berbagai-bagai lagu keroncong ,mitak pinjam ngan kawan kertas 1 n pensel 1..pastu msk mukhtabarul ilmiyy..belajo sains..lbh drpd satu experiment y dikaji ari ni..best sgt!xperimen pasal kereaktifan metals..ade 13 jenis sumenye lau xsilap..sir rozman('ayah' aku..hihi..perasan!!) suh hfl..inilah effectnye berkawan dgn mereka y seperti ini hingga melekat skali kat aku..hahaha...tp bgus jugak!i like it..

mula2 sir uji magnesium,zinc, n copper utk mengetahui kereaktifan metal..beliau membakar satu demi satu metal tersebut dgn menyepitnye..apbile copper dibakar,ia hanya membara tidak berkilau..
copper+oxygen->copper oxide..

manekala apebila zinc dibakar,ia akan berkilau kehijauan..
zinc+oxygen->zinc oxide...

akhir sekali magnesium..y ni paling menarik..magnesium apbila diheated,ia akan berkilau dgn terang teramat terang smpaikan mate y melihat mjadi silau..sgt cantik!
magnesium+oxygen->magnesium oxide...

kesimpulannye magnesium lebih aktif drpd zinc dan copper..

slanjutnye,natrium..natrium ni mahal sir cakap..ia disimpan di dalam btol kaca y mne mengandungi minyak..natrium perlu dipotong dahulu apbila ign dibuat ujikaji..apbila dipotong,,terserlahlah permukaan di dalamnye berkilat drpd surface di luar..ia berbentuk cube..sodium chloride iaitu garam berasal dpd natrium..ia bhn y same...nsb baikla kita xmkn natrium..lau mkn meletuplah ,pecah perotlah jwbnye...jd hanye garam y kite mkn bkn natrium..kami mengambil satu besen dan diisi ngan air..mule2 uji dgn kts litmus biru n merah..tentu shj kedua-dua kts itu xberubah(neutral)..apbila dimasukkan pula copper n zinc ke dlm air itu,tentu shj xberubah ape2...
copper/zinc+water->no reaction....
jelas di cni metal2 tersebut tidak bertindak balas dgn air..n xperimen sbnr y ditunggu-tunggu oleh kami ialah natrium...

magnesium+water->magnesium hydroxide+hydrogen gas
zinc+water->zinc hydroxide+gas hydrogen
copper+water->no reaction


sir gune natrium y lame y mane ia telah terdedah kpd udara byk kali smasa dibukak oleh beliau menyebabkan minyak itu kelabu n natrium pon xbrp nmpk cam natrium.......sir mengisyaratkan kpd kami agar duduk jauh ckit drpd bhn tersebut..krana ianya mudah terbakar apbila terdedah kpd air..sape nak mati cepat bolehla duk dekat..hehehe..PhotobucketPhotobucket.xmati pon cedera..huhu..lau syg muka cntik tu knela duk jauh ckit..

................1..2..3..natrium pon dimasukkan ke dalam besen tersebut oleh sir..kemudian.........."POPPP!!" terbakar mcm mercun..CANTIK!!!Photobucket berasap satu makmal...satu bangunan dgr dentuman itu..sir pon suh kami bukak jendela agar xlemas dgn asap tu..saki baki air y di+ natrium td terpercik di lantai td sir cucurkan air sbb ianya bhaya...kemudian,,air tersebut diuji dgn kts litmus..hasilnye merah->biru n biru->biru..ini bermakna natrium itu m'punyai sft alkali stlh bertukar mjd bhn laen(natrium hydroxide)...tiba2........

................................................................

datanglah 2org pemuda y mne kami panggil abe yo(kerani sk) n abe yie(pekebun sek) ke sini..diorang terkejut bunyi meletup tuhhh..hahahahaha...mungkin diorang igt ssuatu xbaek berlaku...abe yo bertanye kpd sir kami "eh,bunyi gapo??oh yo(natrium) netup lalu deh??"....kami hanya tersenyum..hahha..dlm ati aku keras dah ketawa..abe yie memerhatikan smbil terrsenyum tnpa sebarang kata..lalu mereka pergi..

kemudian giliran kitorang lak bt ujikaji pasal metals ni (magnesium,copper,zinc,calcium).. kami masukkan calcium chloride ke dalam test tube..sume metals ni adlh untk menguji thp kereaktifan metal terhadap asid sulfurik...kmudian sir masukkan asid sulfurik ke dlm test tube itu...kami perhatikan bhawa calcium itu mengeluarkan buih2..ianye menggelegak shinggakan asid itu berwarna putih..mnekala copper zinc n magnesium jgk dibuat seperti itu...copper xmenggelegak..zinc menggelegak..tp magnesium lagi kuat menggelegak lau nak dibandingkan ngan copper n zink...kesemua metals ni apbila dipanaskan smsa berkeadaan begini akan produce "pop" sound kecuali copper..
calcium+hydrochloric acid->calcium chloride+gas hydrogen

xperiment reactivity of metals wif acid will be continued next week(in xtra class for preparing SPM next year)

alhamdulillah,dpt jgk aku bagi keterangan kat cni..biasela bile dah paham n msih ingat..hehePhotobuckettp lau salah tegur ek,,sbb aku xdelah pakar sgt bab2 sains menyains nih..huhuk..aku tulis kat cni pon bertujuan utk aku tatap smula n rujuk smula tkt terlupo bile diperlukan..smoga ia lmbt terkikis drpd minda aku y xberapa byk tersimpan pengetahuan..smoga ALLAH y maha mengetahui itu menganugerahkan kekuatan memori ingatan terhadap ilmuNYA kpdku dri buaian hingga ke lahdi...

AMEEN~~~




Wednesday, November 11, 2009

ntahla pasal apa...??

layan je>>> hensem x aku??org kate aku cute!! xD



menabunglah utk masa hdpn anda!!huhu...


pilih2 y mane 1..rm3o satu(main bedal je price nye..hihi)...rambang matala nk milihnye..

.
ex-kek bfday aku..cntik!kek pon sedap..ini 1st kek y dibikin oleh my beloved bro..dah lps lame dah...t lenkali akn b'tmbh cntikla kek y akn di buat oleh "chef peribadi" aku..;)

ni soklan spot tfsir SMU 2009..tp dah mmg kuar pon thn ni..hehe..rugikan aku lmbt gtau soklan spot nih..(bg mereka y xtau)..


Tuesday, November 3, 2009

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

SEMOGA BERMANFAAT


(ape y dy tulis tu??sape pndai bc tolong gtau,lau xnk sile angkat tgn,lau xnk jgk sile senyum shingga sy nmpk)

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah..

2.. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid...

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah
satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn....




Azan y tak putus2


SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN

SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN

SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA...............

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu...


Allahu Akbar!!


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
Kelunya
lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Thursday, October 15, 2009

Monolog annisa'


Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.

Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,
Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,

Tapi..
tatkala ini jiwa telah gelora
maka iman turut terkocak gelombang

Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...


Baru kusedar keseronokan,
keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya
Lalu..
jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...
Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
keampunan keredhaan dan rahmatNya..
Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...


Thursday, October 1, 2009

Meoww2 ku sayang!

salam alaik.....

xjwb dosa..korang pekaba??(mcm tulis surat je..hoho)..lame dah aku nk hapedet mende nih..tp disebabkan ke'jem'an tenet bagaikan jem roti tuh menyebabkan kehapedetan blog aku ni terbantut smpaikan aku pun terbatuk-batuk skali..huhu..alhamdulillah skrg dah xbtuk lgi..selsema pun xtentu ms...ade mse ujan turun ada ms slps bersin ade masa bgun dri tdo n blablablabla.............

hemmm...pertama kali dlm idup aku,aku rse thn ni lah plg byk perubahan y jelas kelihatan dalam diriku...bagi akuuu..tp lau org lain gw xtau o...nk tau ape perubahannya??ermm..xpelah arah kebaikan or keburukan tu bia aku je lah y tau...ekeke..sile jgn slh paham..y sbenarnya link url aku ni tdklah menggambarkan bhawa aku ni muslimah sejati pd thn 2009..akan tetapi itu merupakan keazaman ku utk menjadi muslimah sejati suatu hri nanti..dan3..'o9' plk adlah thn y mne blog aku di create kan by myself pd thn 2008 bulan december y mne hmpir2 thn 2o09..

ahaa...2 minggu ag dah nk SMU...camne niiiii..dah hfl byk kah??dah ready kah aku??ade y aku rase mudah dan pyh...bgi aku la sbnrnye smu ni mudah je...hafal je...cumeee BI ngan BM je la kena bca n berpikiq..bergantung ke atas rajin or malas je...uiks jamilah manenya psl meow2 tu..(erk...hehe sori lari tjuk..sat2 nk gtau la ni..)

lagipon aku bukannye rjin sgt nk hfl..huhu...ikut mood ja...tp nk dkt2 xm ni kenela pecut byk had laju..langgar had laju bonceng moto ats jln raye pon xpe apatah lagi kete BMW mata setan... xde org nk marah..org lagi suke adelaa...btol x??lagi2 ibu bapa kita...

25hb ni smu..tgk tu...manenye jamilah oii...[yup2 sy kat cni..xg mne2 pon..oppss jgn mrh t cpt tua...psl meow tu ye..k3 nk gtau dah ni..]korang sile2 lah doa2 kan aku n jgk kwn2 y F4..insyaAllah kami smuanya najah..ameen..jom kita layan pic2 di bawah ini..

layannnnnnszzzzzz............!!




adeq aku(bju merah) dan kawannya(bju spider) y sdg main ape nth pukul2 mende..aku pon turut same gak main game2 dlm kb mall ni..hehe...




aucak!!ini nuzul bersama adeqku..comel kan..matanye bulat perot pon boroi..ape yang ade di dlm perut dy agaknye ye??y aku tau hnya ade stu jenis je y tergolong dlm mkanan..




buas+ganas nuzul ni..msk bilik aku..nk duduknya ats katil jgk..amatlah perasan kucing ini..




aku hulurkan tgn utk bermain dgnnya tp dy smbut dgn meniskus..gigit jari-jemari aku..xpon dy cakar..tp xsakit pon..hehe..al maklumlah ia dah beso..pandai la meniskus..lau nmpak je kaki aku dy terus meniskus..ape ingt kaki aku ni tikus kah??uhuk..REDHO~~(dgn lfz y sdp di dgr mcm kinayah tahu kan korang??lau xtau bt2 tau ok... =p) tp jln mcm shuffle..aku rase aku xprnah pon ajr dy shuffle sblm ni apth lgi tgk tv n tenet y ade shuffle.n aku jgk xprnh ajak shuffler dtg ngajo ia ber'shuffle'...isk3...nuzul ni kecik2 dah shuffle2...

wassalam...

Wednesday, September 30, 2009

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

After funeral,everyone home,both of angels Mungkar and Nakir is coming to that man's grave n try to separate the handsome man to enable themselves to ask that man alone about his obedience of Allah.But the handsome man said,
He is my friend. I never left him alone notwithstanding. If you set for the question, Do it Thine. I can not leave until I find him admitted to the Garden. "

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan.. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.---@



Tuesday, September 29, 2009

Kisah Dan Hukum Pada Musim Raya

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Sepanjang Ramadhan sehingga kini Syawwal, berbagai soalan dihantar kepada saya berkaitan dengan hukam-hakam itu dan ini. Saya sering katakan, pada asasnya Islam begitu luas dalam soal kehidupan umum atau muamalat, tetapi ketat dalam soal ibadah.


Ertinya, dalam soal kehidupan Islam membuka pintu keharusan, atau keizinan seluas-luasnya sehinggalah adanya dalil dari al-Quran atau Sunnah yang melarangnya. Jika dikaitkan dengan hariraya, maka soalan berhubung dengan hukum menghantar kad raya, atau email raya, membuat ketupat dan rendang, dodol dan lemang, atau kena pakai baju melayu atau jubah dan seumpamanya adakah bid’ah atau dibolehkan?


Sudah pasti itu semua termasuk dalam urusan umum kehidupan yang mana kreativiti manusia untuk hidup dan bergembira diberikan ‘lesen’ yang besar oleh Islam selagi tidak melanggar prinsip-prinsipnya seperti membazir, sombong, menyerupai agama lain secara khusus, memudaratkan diri sendiri atau orang lain, menyakiti fizikal atau mental orang secara langsung dan lain-lain prinsip.

Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal. Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan.

Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya. Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam. Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini. Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!

Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. Berbagai-bagai upacara baru dalam gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)

“pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3).

Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):

“Sesiapa yang mengadakan-adakan perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya) “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Main Mercun


- Gambar Hiasan

Ada yang bertanya saya tentang hukum main mercun. Sebenarnya main mercun pada hariraya bukan sahaja di Malaysia, di negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang mesti dijelaskan.

Pertama sekali, tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya. Jika kepercayaan ini ada, ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.

Kedua, permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram. Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.

Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya. Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.

Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:

“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.

Kisah Malam Raya


- Gambar Hiasan

Ada isteri bersungut suaminya tiada di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa kaifiyyat yang lain. Kononnya fadhilatnya begitu hebat. Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah urusan umum kehidupan.

Adapun solat berkenaan, seperti kata al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan ‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap malam, beribadah malam tetap disunatkan.

Namun fadilat khusus yang sahih tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Puasa Enam


- Gambar Hiasan

Dalam laman web saya Minda Tajdid (drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat makan bersama. Oleh kerana dia bimbang nanti fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh.

Kesimpulan dari jawapan saya dalam Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.

Apatah lagi di sana ada hadis Abu Sa’id al-Khudri katanya:

“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”.

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak.

Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Jika kita luaskan apa yang Islam luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.

Raef -Peace and Blessing