-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kedua-dua ibu bapa ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta kaum kerabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta guru-guru ku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta sahabat-sahabatku terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cinta umat Islam terhadapMu-
-Ya Tuhanku, perdalamkanlah cintaku kepadaMu-
<3<3<3
-ISLAMKANLAH JIWAKU-

~AAMEEN..AAMEEN..AAMEEN..~

Monday, December 29, 2008

WasIat seorang sUami kPd iSterinya...

Daripada `Aisyah R.A , telah berwasiat RasuluLlah s.a.w dengan sabda baginda :

“Hai `Aisyah, aku berwasiatkan wasiat ini, maka hafazkanlah olehmu akannya. Engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selagi engkau menghafali wasiatku ini.”

“Hai `Aisyah, peliharalah dirimu kerana bahawasanya kebanyakan kaum wanita menjadi isi neraka dan kayu apinya.”

Lalu aku bertanya : “Wahai RasuluLlah, mengapakah sehingga terjadinya sedemikian?”

Jawab baginda : “Kerana mereka tidak sabar di atas kesusahan, tidak memuji ALlah atas kemurahan`NYA, mengkufuri nikmat`NYA, banyak berkata pada perkara yang sia~sia. Kaum perempuan juga kurang pada akal dan agamanya. Adapun kurangnya pada agama, bahawasanya perempuan itu pada setiap bulan meninggalkan solat sekian~sekian harinya dan keadaan kurang akal adalah ALlah s.w.t menjadikan 2 orang saksi wanita bagi ganti seorang saksi lelaki.

Hai `Aisyah, adalah kebanyakan wanita apabila diberi, tiada bersyukur; dan apabila ditimpa bencana tidak sabar. Apabila dipalingkan muka daripada mereka, mereka akan mengadu~ngadu serta mengkufuri nikmat”.

Aku bertanya lagi, “Ya RasuluLlah, bagaimanakah yang dikatakan mengkufuri nikmat itu?”

Sabdanya, “Kerana bahawasanya wanita itu di bawah jagaan kaum lelaki, kemudian beroleh anak 2 atau 3 orang, lalu ia berkata, demi ALlah tiada aku lihat padamu (suaminya) walau 1 kebajikan pun. Hai `Aisyah, apabila berkata seseorang wanita kepada suaminya “tiadalah kulihat 1 kebajikan pun daripadamu”, maka ditolak oleh ALlah segala amalannya”.

“Apabila seseorang wanita menyakiti suaminya dengan lidah, maka ALlah akan menjadikan lidahnya pada hari kiamat sepanjang 70 hasta lalu diikat ke belakang tengkuknya”.

“Seseorang wanita yang memandang suaminya dengan pandangan jahat dan memalingkan mukanya daripada suaminya, maka pada hari akhirat ALlah menghempas muka dan tubuhnya”.

“Apabila seseorang wanita itu tidak bertukar tempat tidur atau berpindah tempat tidur serta menyukarkan kerja suami, mengingkari nikmat yang diberi suami atau khianat pada dirinya, ia akan dihitamkan mukanya di akhirat dan kelabu warna matanya. Akan diikat ubun-ubunnya pada kakinya lalu diletakkan syaitan di atas mukanya di dalam neraka”.

“Apabila seseorang wanita bersolat untuk Tuhannya, kemudian berdoa untuk dirinya tetapi tidak berdoa untuk suaminya, maka solatnya itu akan dipukulkan ke mukanya sehinggalah ia mendoakan untuk suaminya, kemudian barulah ia berdoa untuk dirinya”.

“Hai `Aisyah, apabila wanita ditimpakan bala, lalu ia menampar~nampar muka dan mencarik~carikkan kainnya, maka adalah ia bersama isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth di dalam neraka. Dan ia akan berputus asa daripada segala kebajikan akhirat dan daripada syafa`at di akhirat”.

“Hai `Aisyah, apabila meratap wanita di atas kematian, maka ALlah menjadikan lidahnya sepanjang 70 hasta lalu diseret ke dalam neraka bersama orang~orang yang mengikutinya”.

“Hai `Aisyah, tiadalah seseorang lelaki itu masuk ke rumahnya dengan memberi salam kepada ahli keluarganya melainkan akan diberi banyak kebajikan kepada rumah itu dan dihindarkan daripada mereka papa. Dia dan ahlinya adalah senantiasa di dalam nikmat dunia serta nikmat akhirat”.

“Hai `Aisyah, terlalu kerap sahabat ynag aku kasihi, Jibril; mengingatkanku mengenai kebajikan wanita sehingga aku merasakan bahawa mentalakkan wanita itu akan diharamkan. Hai `Aisyah, akulah pembela wanita yang ditalakkan oleh suaminya tetapi ia tidak memberi mahar kepada wanita itu”.

“Apabila lelaki menegah hak isterinya (pakaian, makanan, dan sebagainya) maka ALlah s.w.t akan menegahnya daripada nikmat syurga pada hari akhirat nanti”.

“Apabila lelaki yang beristeri ramai tidak berlaku adil antara mereka; tidak sama pada giliran tidur, nafkah, pakaian, makanan dan pandangan; maka ia akan dilaknat oleh ALlah juga malaikat dan manusia sekaliannya”.

“Hai `Aisyah, tidak hamil seseorang wanita daripada benih suaminya melainkan pada waktu ia mengandung itu akan diberi pahala seperti pahala puasa pada siang hari dan seperti pahala orang solat sepanjang malam serta pahala orang yang berperang di jalan ALlah”.

“Tidaklah seseorang wanita yang melahirkan anaknya itu melainkan setiap kesakitan itu seperti memerdekakan seorang hamba dan setiap kali ia menyusukan juga seperti memerdekakan seorang hamba. Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita mengeluarkan susu untuk anaknya, maka berseru suara dari langit : Hai wanita, cukuplah pada amalan yang lalu, maka cukuplah baginya amalan~amalan yang akan datang”.

“Hai `Aisyah, apabila seseorang wanita meringankan mahar kahwinnya dan isi hantarannya, maka setiap dirham yang dikurangkan itu adalah haji yang mabrur dan umrah yang makbul. Dan diampunkan dosanya serta dosa yang lampau; sama ada disengaja atau tidak disengaja”.

“Apabila seseorang wanita itu bersabar atas kejahatan suaminya, maka ia seperti pahala orang yang menumpahkan darah dalam perang sabiliLlah. Selain itu, ia tergolong dalam golongan ‘qanitaat’ (banyak ibadah), ‘zakiraat’ (kuat mengingati ALlah), muslimin dan mukminat yang banyak beribadah”.

“Maka, bersungguh~sungguhlah kamu. Nescaya kamu akan bersahabat dengan pengikut wanita Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Adam, Nabi Nuh, dan Nabi Luth”.

No comments:

Post a Comment

Raef -Peace and Blessing